Zalman (tengah) bersama pengurusan Celcom selepas menerima pengiktirafan Best Postpaid Telco.
Zalman (tengah) bersama pengurusan Celcom selepas menerima pengiktirafan
Best Postpaid Telco.

Celcom Axiata Berhad (Celcom), peneraju penyedia telekomunikasi negara, memenangi undian sebagai syarikat telekomunikasi (telco) pasca bayar terbaik menerusi Anugerah Operator GoMobile sempena anugerah keempat GoMobile 2012.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang menerima pengiktirafan itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada 12 juta pengguna untuk sokongan berterusan terhadap Celcom selama ini. Ini adalah bukti untuk kerja keras kami bagi perkhidmatan suara dan bukan suara.

“Kami sentiasa melakukan pembaharuan produk dan perkhidmatan bagi menyediakan lebih nilai kepada pengguna. Penghargaan sebegini menguatkan semangat untuk terus berusaha lebih baik,” katanya.