Tuesday, May 15, 2012

50 IPT berentap Debat Perdana Pengguna Siswa


EMPAT pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi akan berentap pada pusingan akhir Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 di UKM Bangi hari ini. –Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sebanyak empat pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi (IPT) akan berentap pada pusingan akhir Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini.

Para pendebat akan membawa usul “Dewan Ini Akan Memiliknegarakan Industri Barangan Kawalan’’.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datin Mahani Tan Abdullah berkata, sejak 11 Mei lalu, sebanyak 76 pasukan daripada 50 IPT seluruh negara telah selesai berdebat pada peringkat saringan.

“Esok (hari ini) pusingan akhir akan menentukan siapakah juara pertandingan ini yang pertama kali dianjurkan oleh KPDNKK,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: