Tuesday, May 15, 2012

Himpunan belia Johor sasar 100,000 peserta


MD. JAIS (tengah) merasmikan gimik prapelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 di Plaza Angsana, Johor Bahru baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, program anjuran bersama kerajaan negeri, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Majlis Belia Negeri itu diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012.

Katanya, pelbagai program menarik telah disediakan di beberapa lokasi antaranya di Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan serta Johor Premium Outlet, Kulaijaya.

Jelasnya, program tersebut diadakan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan platform atau ruang kepada para belia di negeri ini menyertai pelbagai aktiviti berfaedah.

“Sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen telah dirancang bersempena program ini termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Karnival Jom Centre, kem sukarelawan, program menanam pokok, sukan permotoran, pertandingan catur.

“Kami juga merancang untuk mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records melalui persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buah buku di bawah Persatuan Srikandi Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: