![]() |
| SELENA GOMEZ |
Bersiaran selama lima tahun dari 2007 hingga 2012, siri itu telah berjaya meletakkan nama Selena Gomez antara bintang remaja yang paling diminati di Hollywood.
Apatah lagi, berpacaran dengan lelaki paling popular di dunia, Justin Bieber, ia sekali gus melonjakkan populariti Gomez.
Sehingga ada yang berpendapat karier seninya sudah dibayangi dengan hubungan cintanya bersama Bieber.
Namun, bagi Gomez, dia tetap mahu masyarakat menilainya menerusi bakat dan bukan kerana hubungannya dengan teman lelakinya itu.
Buktinya, dia sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa apabila bakal membintangi sebuah filem bebas berjudul Spring Breakers.
Menerusi filem arahan Harmony Korine itu, Gomez bakal bergandingan dengan barisan pelakon yang bukan calang-calang iaitu James Franco, Vanessa Hudgens dan Emma Roberts.
Filem itu mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan sebuah kolej yang merompak sebuah restoran semata-mata mahu mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan percutian mereka.
Malang tidak berbau apabila mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap sehingga tanpa disedari, mereka berkawan pula dengan seorang pengedar dadah.
Mengulas mengenai watak barunya itu, Gomez ternyata teruja dan tidak sabar lagi untuk turun ke lokasi tidak lama lagi.
"Bagi saya, karakter yang saya bawakan dalam filem ini sangat berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
"Aura filem ini juga berbeza kerana inilah karya yang benar-benar memberi saya peluang meneroka bakat saya sebagai seorang pelakon. Saya percaya kali ini, peminat dan penonton akan dapat melihat dimensi baru saya sebagai aktres," katanya kepada MTV, baru-baru ini.
Buat masa ini, jadual penggambaran untuk Spring Breakers masih belum diputuskan dan filem ini dijangka tayangannya tahun depan.
Kali terakhir Gomez muncul di layar perak adalah menerusi filem Monte Carlo sekitar pertengahan tahun ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: