BEKAS anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham berusaha keras untuk mengembalikan bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak ke empatnya, Harper Seven pada Julai lalu.
Victoria yang juga isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan mempunyai masalah perut mengeleber walaupun tidak mengalami masalah kegemukan.
Selain diet ketat dan aktif melakukan senaman, Victoria dikhbarkan akan melakukan pembedahan bagi membuang lebih perut yang mengeleber.
"Baru-baru ini rakan baiknya, Eva Longoria memberitahunya mengenai rawatan menggunakan kaedah laser bagi menegangkan kembali kulit perut selepas bersalin.
"Victoria sedang mempertimbangkan pilihan itu," ujar sumber terdekat ibu kepada empat cahaya mata itu kepada majalah Now.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: