Panasonic Malaysia optimis capai sasaran nilai penguasaan pasaran daripada 27 peratus kini kepada 40 peratus bagi pasaran Timur Tengah Asia dalam segmen Kamera Kompak Mikro Sistem menjelang 2012.
Pengarah Urusannya, Jeff Lee berkata, sasaran itu antara lainnya disokong pengenalan model premium terkini bagi kamera kompak LUMIX DMC-GX1 dan beberapa model lain dalam siri kamera kompak Lumix.
Menurutnya, sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta Lumix G terbaru adalah strategi Panasonic untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen ini selain untuk mencipta budaya foto baru bagi pasaran 2012.
“Setelah 10 tahun berada dalam pasaran, Lumix menawarkan ciri utama seperti kualiti gambar terbaik yang bertaraf dunia serta kepelbagaian model siri G juga adalah sebagai memenuhi permintaan bagi kamera bersaiz kecil dengan fungsi dan kualiti foto DSLR.
“Permintaan terhadap sistem kamera meningkat secara mendadak terutama di pasaran Jepun dan Asia. Pasaran semasa bagi kamera ini melebihi 40 peratus dan kami menjangkakan trend ini akan berkembang secara menyeluruh,” katanya selepas majlis pelancaran LUMIX DMC-GX1 di Kuala Lumpur.
Katanya, di Malaysia, pasaran kamera ini sedang berkembang dan kini mempunyai nisbah satu pengguna kamera sistem kepada sembilan pengguna DSLR serta peningkatan kamera sistem ini mencecah 400 peratus berbanding tahun lalu.
Thursday, December 22, 2011
Tingkat pasaran kamera kompak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: