PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu.
Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang.
"Saya gembira dengan kelahirannya apatah lagi apabila melihat kedua-dua ibu dan anak selamat.
"Kiranya, Uwais adalah tuah buat saya dan Sarah dan kehadirannya pasti akan menyerikan rumahtangga kami, InsyaAllah," katanya.
Sarah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan pada pukul 10.19 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri pada jam 8 malam Sabtu.
Dalam pada itu, Shuib berkata, keadaan Sarah sebelum bersalin agak merisaukan dirinya lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan isteri kesayangan itu menahan kesakitan.
"Risau dibuatnya apabila melihat Sarah menahan sakit untuk bersalin. Tetapi keadaannya itu membuatkan saya insaf dan bangga dengannya kerana sanggup bertarung nyawa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: