KOTA BHARU – “Saya insaf sepanjang berada di penjara.” Itu pengakuan seorang pendawai elektrik di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku terjebak dengan gejala penagihan dadah, Oktober lalu.
Pengakuan itu menyebabkan Zailan Asmadi Mohamad, 45, dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.
Zailan didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah morphine kepada dirinya sendiri di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada jam 12.20 tengah hari, 13 Oktober lalu.
Berdasarkan fakta kes, Zailan Asmadi ditahan dalam serbuan di sebuah kedai di hadapan Masjid Melor, Jalan Pasir Puteh, Melor di sini, sebelum dibawa ke Pejabat Narkotik IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing.
Siasatan yang dijalankan mendapati air kencing Zailan Asmadi positif dadah.
Zailan Asmadi dalam rayuannya mengaku insaf dan merayu supaya hukumannya diringankan.
“Saya mohon hukuman saya diringankan seringan-ringannya kerana saya mempunyai banyak tanggungan iaitu lapan anak yang masih bersekolah,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fazaly Ali sebelum membuat keputusan memuji keinsafan Zailan agar tidak terjebak semula dalam gejala itu.
Thursday, December 22, 2011
‘Saya insaf sepanjang berada di penjara’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: