Wednesday, December 7, 2011

Pertingkat kekuatan sistem pertahanan


AKSI menarik pasukan Krisakti yang membuat bentuk 'Love' di udara menggunakan pesawat Extra 300L buatan Jerman sempena majlis perasmian LIMA '11 di Langkawi semalam.


LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) memberi penekanan peri mustahaknya pertahanan serta keselamatan kepada kepentingan strategik negara dan serantau.

Pada edisi ke-11 LIMA yang disertai lebih 400 syarikat dari 35 negara, beliau berkata, pertahanan dan keselamatan menjamin bukan sahaja keutuhan wilayah tetapi juga kedaulatan yang amat dihargai oleh semua negara.

Beliau berkata, Asia kini menikmati ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dan perbelanjaan pertahanan tidak terkecuali.

"Perbelanjaan aeroangkasa dan maritim semakin melonjak dan bakal meningkat lagi ketika kerajaan terus menangani ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional," kata Najib ketika merasmikan pameran pertahanan dan keselamatan terulung Malaysia di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: