|
SHAH ALAM - Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memfailkan tuntutan injunksi (perintah sekatan) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi menghalang PKNS daripada menaikkan kadar sewa lot kedai di kompleks itu mulai Januari tahun depan.
Yang dipertua persatuan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.
Turut hadir kira-kira 100 peniaga di kompleks tersebut.
Dalam tuntutan setebal enam muka surat itu, plaintif menyatakan pihak defendan tidak mengadakan apa-apa perbincangan dengan peniaga untuk menaikkan kadar sewa premis perniagaan di antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari 2012.
Ini bermakna terdapat sesetengah peniaga terpaksa membayar sewa kedai sebanyak RM12,000 sebulan mulai tahun depan berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: