Sunday, December 18, 2011

Penangan Aaron Aziz




TIDAK dinafikan yang Aaron Aziz memang mempunyai ramai peminat. Asal sahaja ada Aaron Aziz, macam histeria dibuatnya. Pedulikan soal status Aaron sebagai suami dan ayah kepada tiga cahaya mata. Itu semua mampu mengalahkan ‘saham’ pelakon yang berstatus solo.

Namun, bukan itu yang ingin diperkatakan, kerana masing-masing mempunyai hak dan kebebasan untuk meminati sesiapa yang disukai. Tahniah kepada teraju utama teater Badai Semalam iaitu Erra Fazira dan teraju utama filem Ombak Rindu iaitu Maya Karin. Walaupun diawal pembabitan mereka ramai yang menganggap mereka sekadar ‘pelaris’ sesebuah karya, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk terus perbaiki diri.

Jika ada Anugerah Pelakon Terbaik Teater, sudah pastinya watak Mazni lakonan Erra Fazira selayaknya diberi penghargaan dan sekaligus membuktikan bahawa kehadiran Erra Fazira merupakan sesuatu yang baik di kalangan yang terbaik. Watak Mazni sangat bagus dan seharusnya karya-karya di Malaysia mempunyai satu dimensi baru dalam mengolah jalan cerita yang lebih memberi fokus kepada cita-cita dan pengorbanan.

Akhir kata, Tahniah kepada semua yang terlibat dalam teater Badai Semalam dan filem Ombak Rindu. Sememangnya kini fenomena adaptasi novel ke pentas visual mampu menarik perhatian ramai penonton yang semestinya di kalangan pembaca novel-novel tersebut. Kejayaan mendapat kutipan jualan tiket yang laris menunjukkan bahawa perubahan ekonomi dan taraf sosial masyarakat sudah tidak kisah untuk mengeluarkan duit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: