LONDON, Britain - Kumpulan heavy metal dari Amerika Syarikat(AS), Metallica bimbang tentang konsertnya jelajah di Eropah berikutan krisis ekonomi yang menimpa rantau berkenaan.
Metallica yang popular dengan lagu Master of Puppets dan Enter Sandman sebelum ini dilapor bersetuju untuk mengadakan enam konsert di Eropah merangkumi Norway, Jerman, Denmark, England dan Austria pada Mei hingga Jun tahun depan.
"Namun, kami bimbang kami akan kehilangan wang (rugi) jika kami menanti hingga tarikh tersebut berikutan masalah hutang yang menghimpit penduduk Eropah," kata pengurus Metallica, Peter Mensch.
Menurutnya, krisis ekonomi itu mungkin menyebabkan orang ramai mengambil pendekatan untuk berjimat cermat.
Justeru, ujar Mensch, dia bimbang bilangan peminat yang hadir untuk menonton konsert Metallica mungkin menurun kepada 45,000 orang berbanding 52,000 orang sebelum ini.
Tambahan pula, katanya, harga tiket juga terpaksa dipotong kerana kuasa beli warga Eropah yang menurun akibat krisis ekonomi di rantau itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: