MENAKJUBKAN... model bandar raya Hamburg, lengkap dengan mercu tandanya, Gereja St Michaelis.
SELAMAT datang ke model landasan kereta api terbesar di dunia, tempat keseluruhan kehidupan manusia dicipta semula dalam bentuk miniatur.
Miniatur Wunderland di Hamburg berbangga dengan lebih 13 kilometer landasan dengan 890 kereta api bergerak merentasi kawasan seluas 0.2 hektar.
Dan bukan setakat kereta api itu saja yang ada di taman tema berkenaan. Masih banyak ciptaan rumit lain di ‘planet kecil’ itu, termasuk ukiran cermat orang ramai berparti, pasangan kekasih memadu asmara dan orang ramai menghadiri majlis pengebumian.
Bandar raya Las Vegas yang dibina mengikut ukuran jauh lebih kecil, lengkap dengan 30,000 lampu di tengah-tengah miniatur Amerika Syarikat, di samping model Austria, Scandinavia dan Switzerland yang mempunyai sepohon coklat kecil dan konsert di pentas terbuka dengan 20,000 penonton.
Banjaran gunung Jerman, Harz dan bandar yang menjadi hos taman tema itu, Hamburg, juga menghiasi lanskapnya. Akan datang, miniatur Perancis, England, Afrika dan Itali pula akan dibina.
Dalam rekaan itu, Amerika Syarikat jauh lebih kecil daripada Hamburg tetapi padat dengan pemandangan terkenal, termasuk Grand Canyon, Gunung Rushmore, Taman Yosemite dan Tanjung Canaveral.
Di Scandinavia, ukiran terperinci dan rumit itu melanjut hingga ke Laut Baltic di utara, dipenuhi dengan 33,000 liter air yang mengalir. Air pasang surut distimulasi setiap 30 minit. Sekumpulan 25 kapal kemudian digerakkan.
Masa sehari bersamaan dengan 15 minit di pulau fantasi itu, yang dikawal sepenuhnya oleh komputer.
Kehidupan sibuk di dunia yang kecil itu mengandungi 300,000 lampu, 215,000 pokok, 3,000 bangunan dan 200,000 ukiran manusia, populasi lebih besar berbanding sebahagian bandar raya utama.
Dalam pada itu, pereka membenarkan imaginasi mereka benar-benar bebas di bandar ciptaan mereka yang dinamakan Knuffingen.
Ia mempunyai model anggota polis dan bomba, lengkap dengan enjin yang boleh beroperasi dan siren.
Dunia mini itu juga dilengkapi dengan lakaran manusia mengadakan hubungan seks di ladang bunga mata hari.
Kira-kira 500,000 jam diguna untuk membina model dunia itu. Bagaimanapun, ia baru separuh siap. Pekerja menjangka ia dapat disiapkan sepenuhnya pada 2020.
Dalam pada itu, model lapangan terbang di taman tema miniatur itu dirasmikan pada 4 Mei lalu. Ia mengambil masa enam tahun untuk dibina.
Ia menarik minat semua pihak, bukan peminat penerbangan dan teknologi saja, sekali gus menjadi tarikan baru taman berkenaan.
Sehingga 40 model pesawat berbeza, daripada Cessna hingga kepada Airbus A380, ditempatkan di model lapangan terbang itu.
Ia juga diundurkan ke landasan sebelum terbang. Setiap pesawat dilengkap dengan lampu asli, bunyi enjin sebenar, khususnya untuk terbang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: