Wednesday, December 14, 2011

Kisah lucu anjing DiCaprio


LEONARDO DICAPRIO


DAPAT menaiki pesawat peribadi milik aktor terkenal seperti Leonardo DiCaprio pastinya suatu yang diimpikan ramai pihak. Namun, pengalaman yang dilalui oleh aktor berkenaan adalah sebaliknya.

Dua orang teman baik DiCaprio iaitu Armie Hammer dan Carey Mulligan yang berpeluang menaiki pesawat peribadi tersebut menyatakan mereka berasa sangat tidak selesa dengan bau busuk akibat kentut yang dilepaskan oleh anjing peliharaan aktor berkenaan.

“Saya tidak tahu makanan apa yang telah diberikan oleh DiCaprio kepada anjingnya itu. Setiap kali selepas makan, anjing yang bernama Djago itu pasti akan melepaskan angin dan ia terus berlaku sepanjang penerbangan.

“Pada mulanya ia memang sesuatu perkara yang sangat melucukan kerana masing-masing saling menuduh siapa yang kentut. Namun, lama-kelamaan kepala kami mula pening dan rasa mual,” ujar Armie.

Bagaimanapun, rakan DiCaprio itu tidak menyalahkan sepenuhnya anjing tersebut dan menyatakan ia adalah berpunca daripada makanan yang diberikan oleh aktor berkenaan kepada anjing jenis bulldog itu.

“Django adalah seekor anjing yang lucu dan DiCaprio sudah membelanya hampir 10 tahun. Cuma pengalaman bersama anjing yang mempunyai hobi kentut selama tempoh lima jam penerbangan bukanlah sesuatu yang menarik,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: