
KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 buah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) yang dikendalikan oleh Syarikat Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) akan dibuka di seluruh negara mulai tahun depan.
Pemilik dan Pengasas RSIB, Datuk Jamal Md. Yusof berkata, pembukaan cawangan baharu itu selaras dengan sambutan yang diterima daripada orang ramai bagi mendapatkan bekalan ikan pada harga yang 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
“Dianggarkan sebanyak 1,200 pengguna mengunjungi KIR1M di Setiawangsa ini sejak dibuka pada 2 Disember lalu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian KIR1M Setiawangsa oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: