|
Mari kita pakat tengok artis mana yang pandai bermain boling. Main boling ni kalau tak ada skil dan kerap baling ke longkang pun akan jadi bahan hiburan. Tak apalah. ![]() Johan mahu bersama peminat.
Selain Johan ada juga Aliff Aziz, Ana Raffali, Ryzal jaafar, Lena, Miera Leyana, Mya, SIti Nordiana dan ramai lagi. Ada yang memang pandai main dan tak kurang juga yang mahu memeriahkan suasana. Apatah lagi mereka akan bergabung dengan peminat dalam perlawanan itu. Santai Boling Mangga 9 Dara ditaja sepenuhnya oleh Jamu Mak Dara yang mengeluarkan produk kecantikan jenama 9 Dara. Acara akan diadakan di Arl Bowl, Alamanda, Putrajaya. Selain peminat stokis Jamu Mak Dara juga akan turut memeriahkan acara. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang dan kesemua peserta akan mendapat aneka barangan dalam doorgift yang disediakan. Tak rugilah kepada sesiapa yang menyertainya. Bayaran cuma RM20 sahaja dengan menyertakan salinan resit pembelian produk keluaran Jamu Mak Dara. Untuk pertanyaan pasal penyertaan boleh hubungi Iskandar atau Maya di talian 03-89262999. Masih ada beberapa kekosongan bagi peminat yang tidak mahu melepaskkan peluang. Ayoh beramai-ramai memeriahkannya. |
Saturday, December 10, 2011
Johan juga meriahkan boling Mangga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada 18 Disember ini team majalah Mangga akan mengadakan aktiviti santai bermain boling bersama artis dan peminat. Pasti gempak sebab ramai artis popular sudah mengesahkan penyertaan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: