
KENDERAAN cuba mengelak lubang di Jalan Burung Hantu, Bandar Menjalara, Kepong menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.
KUALA LUMPUR - Penduduk di sekitar Jalan Burung Hantu dan Jalan Taman Bukit Maluri di Bandar Menjalara, Kepong meminta pihak berkuasa segera membaiki jalan rosak yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan tersebut.
Menurut seorang penduduk, Chuah Chew Huat, 57, masalah tersebut telah berlaku sejak dua bulan lalu namun tiada tindakan berkesan diambil.
"Jalan rosak termasuk lubang-lubang di sepanjang jalan ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk terutama ketika waktu puncak kerana semua kenderaan memperlahankan kenderaan mereka serta cuba mengelak lubang berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: