memey

Sebelum ini, kisah perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjadi perbualan kerana kos yang mencecah RM12 juta.

Kini, peminat boleh melihat sendiri gaun perkahwinan yang dipakai Memey apabila dipamerkan di Muzium Negara sempena pameran Busana Perkahwinan Mutiara, 26 November hingga 31 Disember ini.

Antaranya adalah gaun perkahwinan tajaan Rafflesia bernilai RM500,000 dan gaun perkahwinan rekaan Vera Wang berserta veil bertatah mutiara Rafflesia bernilai RM500,000.

Turut dipamerkan, dua kasut perkahwinan Memey bertatah mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Datuk Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000 serta dua persalinan tuksedo Norman dihiasi butang dan cufflinks mutiara Rafflesia.

Kesemua persalinan tersebut dipakai pasangan ini ketika majlis resepsi mereka yang bertemakan New York, September lalu.