LONDON: Filem terbaru aktres Angelina Jolie iaitu In The Country of Blood and Honey telah diselar oleh segelintir kumpulan pembantah kerana mengandungi elemen perkauman. Kumpulan tersebut menuntut agar penayangan filem berkenaan diharamkan.
Filem yang ditulis dan diarahkan oleh aktres itu berkisar tentang seorang askar Serbia yang bertemu dengan bekas kekasihnya iaitu wanita Islam di Bosnia yang dijadikan hamba seks dalam kem tahanan.
Menurut laporan, penghasilan filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan kepada puak Serb dari Bosnia Herzogovina apabila babak filem itu memaparkan bangsa tersebut telah memperkosa wanita muslim yang ditahan pada era Perang Balkan 1990-an.
Wakil kepada Serb Association of War Victims, Branislav Dukic berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan filem itu diharamkan.
“Kami akan berusaha sedaya upaya agar penayangan filem ini diharamkan,” katanya seperti dipetik Daily Star.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: