Ekoran gosip yang mengatakan sepupu kepada Dato' Siti Nurhaliza iaitu Fida bercinta dengan seorang VIP yang bakal bergelar Datuk, MH Online lantas menghubungi si empunya diri.

Jelas Fida;

"Kami mula rapat selepas dia banyak memberi nasihat dan pengalaman untuk Fida memulakan perniagaan secara online memandangkan dia juga terlibat dalam bidang yang sama.

"Jadi, secara tidak langsung kami banyak bertemu dan berbincang mengenai perniagaan yang Fida sedang jalankan. Mungkin daripada situ ramai yang membuat andaian bahawa Fida sedang bercinta dengannya. Apa yang boleh Fida katakan sekarang, buat masa ini Fida memang rapat dengannya."

Ditanya siapakah gerangan VIP yang dimaksudkan itu, katanya;

"Si dia berasal dari Utara dan berumur 30-an. Buat masa sekarang saya lebih senang memperkenalkan dia sebagai Mr. S sahaja."