GEORGETOWN - Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua beradik April lalu.
Mohd Nirman Azemi, 27, dan Muhammad Fadilihisyam Idris, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nirman dan Muhammad Fadilihisyam didakwa bersama-sama lapan orang yang masih bebas dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan topi keledar dan pengunci motosikal ke atas dua beradik iaitu Meera Hassan Ahmad Basher, 24, dan Meera Hussin Ahmad Basher, 36, di tepi Jalan Lintang Kampung Rawa, di sini, kira-kira jam 7.40 malam, 10 April lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: