Tuesday, December 6, 2011

DBKL beri tempoh tiga bulan cuba lorong khas

KAWAL...penguat kuasa DBKL menjaga laluan di Jalan Tun Sambanthan bagi mengelak kekeliruan pengguna.
KAWAL...penguat kuasa DBKL menjaga laluan di Jalan Tun Sambanthan bagi mengelak kekeliruan pengguna.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh percubaan tiga bulan terhadap pelaksanaan lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi di Jalan Tun Sambanthan dan Little India, di sini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusop, berkata pihaknya melihat kelemahan sistem diperkenalkan itu dan membuat penambahbaikkan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna.


Katanya, laluan kontra itu diperkenalkan berikutan permintaan penduduk dan peniaga di kawasan itu yang tidak mahu bas melalui kawasan berkenaan dan meminta laluan khas disediakan.

“Penduduk mendakwa laluan bas sering menyebabkan kesesakan dan membahayakan pengguna kerana melalui sekolah, Persatuan Orang Buta, masjid dan gereja di sepanjang Jalan Thambipillay dan Jalan Sultan Abdul Samad” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: