|
Filem Penanggal arahan pelakon terbaik Ellie Suriaty Omar menggandingkan mereka. Sekarang filem ini sedang rancak menjalani penggambaran. ![]() Bagaimana dengan gandingan Azri dan Ummi? Mungkin juga dia sangat selesa berlakon di bawah arahan isterinya, Ellie. Sementelah watak yang dilakonkan secocok dengan dirinya yang boleh berlakon watak bengis dengan berkesan. Ummi juga masih dirindui sebab sudah lama tidak muncul dengan filem baru. Selain mereka, filem berkosep thriller itu turut menampilkan Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Anne Abdullah, Rozie Othman, Kuswadinata dan ramai lagi. Pasti ramai yang menunggu buah tangan sulung Ellie ini kan? Bertambah seorang lagi pengarah wanita dari kalangan pelakon terbaik selepas beberapa nama antaranya Erma Fatima dan Fauziah Ahmad Daud. Maklumlah selain lakonannya yang baik, Ellie juga hangat dengan cerita kontroversi dalam bab-bab pengarahan. Kesnya dengan Erma Fatima ketika terlibat dalam pengarahan sebuah teater tidak lama dulu masih diingati oleh peminat. |
Sunday, December 18, 2011
Azri, Ummi berganding dalam Penanggal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama tak dengar cerita pelakon Azri Iskandar dan Ummi Nazeera. Azri ada di sini tapi jarang muncul di layar lebar dan layar kaca. Ummi pula menyambung pengajian di luar negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: