KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota atau pegawai tentera yang didapati cuai menjaga senjata api yang dibekalkan sehingga terlepas ke tangan orang awam.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan lebih berat akan diambil mengikut udang-undang ketenteraan sekiranya senjata api itu terlepas kepada ahli keluarga anggota tentera berkenaan.
“Tiada pengecualian sekiranya siasatan polis mendapati anggota tentera benar-benar cuai sehingga sehingga berlaku kes kehilangan senjata api,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, Ray Mabus, di Wisma Pertahanan di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan senjata jenis Steyr yang digunakan dalam cubaan melarikan RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, adalah milik anggota tentera.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: