Saturday, December 10, 2011

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita


ANGELINA Jolie dan pasangannya aktor Brad Pitt bergambar pada tayangan perdana filem In the Land of Blood and Honey di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Angelina Jolie boleh dikatakan memiliki pakej lengkap kerana mempunyai kecantikan, kekayaan dan juga keluarga besar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Namun, heroin filem Tom Raider itu mengakui dia mempunyai satu kekurangan iaitu kurang kenalan wanita.

Dalam temu bual untuk keluaran terbaru majalah fesyen Marie Claire, Jolie berkata, punca perkara itu berlaku mungkin kerana dia lebih banyak meluangkan masa di rumah daripada bersosial.

"Saya hanya mempunyai beberapa rakan wanita kerana masa saya lebih banyak terluang di rumah. Saya tidak gemar keluar bersosial ," katanya.

Jolie yang kini merupakan pelakon, pengarah dan juga ibu kepada enam orang anak turut mengakui dia lebih gemar berborak dengan pasangannya, Brad Pitt.

"Saya suka berbual bersama ahli keluarga saya dan Pitt. Saya tidak tahu mengapa tetapi saya lebih gemar berbual dengan Pitt daripada orang lain termasuk kawan-kawan wanita saya," tambah Jolie.

Salah seorang rakan wanita yang dikatakan rapat dengannya ialah penyanyi Gwen Stefani.

Baru-baru ini kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah Stefani di London. Anak-anak kedua-dua pasangan ini dalam lingkungan usia yang sama.

Mereka mulai rapat sejak tahun 1998.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: