Monday, December 5, 2011

47 hospital kerajaan dapat sijil akreditasi


HOSPITAL Sultanah Bahiyah di Alor Setar ini adalah antara fasiliti perubatan yang memiliki sijil akreditasi MSQH.


ALOR SETAR - Sejumlah 47 daripada 141 buah hospital kerajaan di seluruh negara telah menerima sijil akreditasi dari Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, enam buah hospital lagi masih menunggu keputusan penilaian oleh MSQH sebelum dianugerahkan sijil akreditasi tersebut.

"Ini merupakan pencapaian bermakna bagi kementerian dalam mengutamakan keperluan rakyat dengan menawarkan kemudahan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas penyampaian Pensijilan Akreditasi Hospital Negeri Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.

Dr. Hasan berkata, penganugerahan itu adalah satu pengiktirafan terhadap komitmen kakitangan hospital dalam mengamalkan sistem pengurusan berkualiti dan jaminan pembekalan perkhidmatan yang menepati piawaian tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: