Saturday, October 1, 2011

Wani aktif menari di sekolah


SEBAGAI pengawas sekolah, ia membentuk diri Wani sebagai pemimpin.


USAI menjuarai program realiti televisyen Kamilah Bintang 2010, terbitan Astro Ceria (saluran 615), Syazwani Sapari, 11, atau Wani kembali semula untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.

Berkesempatan meninjau rutin hariannya di sekolahnya, Wani rupa-rupanya bukan sahaja seorang murid yang bijak dalam pelajaran, malah dia juga begitu aktif melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti menyertai kelab tarian.

Menurut Wani, selain menyanyi, dia cukup teruja apabila menyertai kelab tarian kerana minatnya yang mendalam terhadap cabang seni itu telah lama tersemat di dadanya.

“Ketika umur saya tujuh atau lapan tahun, saya berasa seronok menonton para penari beraksi lincah ketika mengiringi persembahan seseorang penyanyi di kaca televisyen.

“Bermula dari situ, perasaan minat untuk belajar menari timbul dan setahun lalu, saya mula aktif menari di bawah kelab tarian sekolah saya,” katanya yang ceria bersama rakan seusianya.

Tambah Wani lagi, selepas sesi persekolahan habis, dia bersama rakan-rakan yang turut serta menyertai kelab tarian akan berkumpul di satu sudut sambil menunggu guru tarian mereka yang dipanggil Cikgu Asnah.

Apabila guru mereka itu tiba, barulah mereka mula mempelajari beberapa koreograf baru untuk persediaan persembahan pada masa akan datang.

“Selalunya, kami akan membuat persembahan sewaktu Hari Guru, Hari Kantin, Hari Sukan dan juga ketika sambutan perayaan di sekolah.

“Selain daripada itu, kami juga menyertai beberapa pertandingan antara sekolah.

“Sekalipun pernah mengalami kekalahan, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berlatih memperbaiki kelemahan dan bersedia untuk pertandingan akan datang,” katanya yang gemarkan tarian tradisional dan moden itu.

Menyentuh sedikit perkembangan seninya, Wani kini sudah mengeluarkan album pertamanya berjudul Wani edaran Warner Music Malaysia yang turut memuatkan single terbarunya, Mengejar Bintang.

Selain itu, album yang memuatkan lima buah lagu itu turut mengandungi lagu Sabar, Cintamu Bermakna, Tra La La dan Teman Setia.

1 comment:

  1. what is the brand of your long sleeve shirt ?
    Please Reply Thanks

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: