|
Adakah isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Raden itu sudah bersara daripada dunia seni dan fokus kepada keluarga? Dia juga sering dilihat turun padang bersama suami semasa aktiviti melawat kawasan di Kinabatangan, Sabah. ![]() Sibuk ikut aktiviti suami. "Saya masih minat berlakon tetapi sehingga sekarang saya tiada masa untuk kembali ke lokasi. Suami saya juga tak menghalang, cuma dia mahu saya memilih watak yang lebih sesuai. "Sebagai isteri orang, saya kena juga minta pandangan suami apabila ada tawaran dan setakat ini belum ada watak sesuai lagi. Suami kata kalau watak yang menampilkan saya beraksi gedik gedik dia tak suka," kata Zizie semasa ditemui ketika mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di rumahnya Kuala Lumpur baru-baru ini. ![]() Sibuk layan tetamu. Zizie akui dia masih dapat tawaran berlakon. Bukan watak pembantu, malah masih ada yang percayakannya untuk melakonkan watak utama. Kali terakhir dia berlakon drama bersiri Suraya yang menjalani penggambaran sebelum dan selepas dia bernikah. Sudah sesuaikan diri Dalam masa dua tahun bergelar isteri wakil rakyat Zizie kerap turun padang dan dia sudah serasi dengan dunia yang dilaluinya sekarang. Banyak masanya bersama suami di Sabah. "Semasa suami berkempen, saya akan turut turun padang mendekatkan diri dengan masyarakat. Malah saya rasa dihargai apabila ada yang memang mahukan saya hadir untuk bertemu mereka. "Sebagai artis, apabila kita menghiburkan orang yang meminati kita... rasa seronok sangat sebab itu saya tak rasa bosan dengan dunia baru ini," kata Zizie lagi. ![]() Zizie sangat bangga dengan pencapaian adiknya Shahiezy Sam. Aktifkan kembali syarikat produksi Zizie dan keluarga pernah mengusahakan produksi. Setelah sekian lama tidak aktif, dia dan keluarga menghidupkannya semula. Dengan jenama baru, syarikat yang dinamakan BZ 2121 Production itu dalam peringkat akhir menerbitkan sebuah filem. "Memang kami sedang merancang menerbitkan sebuah filem yang menampilkan adik saya, Shahiezy Sam sebagai pelakon utama. Tapi setakat ini tiada perkembangan baru untuk dikongsikan. "Apabila semuanya sudah selesai, kami akan menguar-uarkan projek ini," kata Zizie pasal projek filem tersebut. Zizie turut melahirkan rasa seronok apabila melihat Shahiezy atau mesra dipanggil Adik dalam keluarga itu sudah berjaya. Apatah lagi dia kini pelakon lelaki paling laris hari ini. "Saya bangga dengan adik saya. Saya tahu dia seorang pelakon yang baik dan bersungguh-sungguh dalam bidang ini. Tapi dia tidak seperti pelakon lain. Orang lambat nampak bakat dia. Dia dah lama mencuba dan baru sekarang dirinya menyerlah. "Dulu semasa saya sibuk berlakon di sana-sini, saya kasihan dan sedih melihat adik saya tak ada tawaran kerja. Saya pernah juga menyarankan nama dia kepada ramai pengarah, tapi mereka tidak berminat. Baru hari ini dia mendapat perhatian," kata Zizie terharu. |
Tuesday, September 13, 2011
Zizie belum fikir bersara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selepas bergelar isteri kepada seorang Ahli Parlimen, pelakon Zizie Ezzete terus sepi daripada dunia lakonan. Sudah dua tahun dia tidak turun ke lokasi penggambaran drama baru.


harap zizie jangan cepat bersara... suka tengok lakonan anda...
ReplyDelete