Saturday, September 10, 2011

Tradisi gusti minyak


PESERTA perlu menjatuhkan lawan masing-masing sebelum diumumkan sebagai pemenang.


DI sebuah perkampungan Gornje Ljubinje, selatan Kosovo, sekelompok etnik Islam mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan budaya dan identiti mereka.

Walaupun acara berkhatan dalam kalangan kanak-kanak lelaki diadakan pada setiap tahun tetapi, namun sekali dalam lima tahun acara berkhatan di kampung itu akan dianjurkan secara besar-besaran.

Festival untuk acara tersebut akan diadakan selama empat hari berturut-turut. Walaupun, tiada satu catatan sahih sejak bila ia mula diadakan tetapi, penduduk di Gornje Ljubinje menyatakan festival tersebut sudah dimulakan sejak ratusan tahun lalu.


DUA orang peserta gusti minyak sempat menari sambil mengikut alunan muzik di hadapan penonton.


Menurut salah seorang penduduk di situ Arif Kurtishi, selain untuk memeriahkan perkampungan, festival tersebut juga diadakan bertujuan bagi mengumpul derma membantu keluarga miskin yang tidak mampu untuk mengadakan majlis berkhatan bagi anak lelaki mereka.

Ujar Arif, salah satu acara yang paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu ramai ialah gusti minyak yang merupakan pertarungan dalam kalangan lelaki muda.


PELBAGAI makanan tradisi juga akan dihidangkan untuk tetamu dalam festival berkhatan itu.


Para pemuda yang menyertai pertandingan tersebut akan berlawan tanpa memakai baju dengan setiap badan mereka akan dilumurkan dengan minyak. Bertarung satu lawan satu, peserta perlu menjatuhkan lawan mereka untuk diisytiharkan pemenang.

Selain acara gusti minyak, beberapa acara lain sepanjang pesta itu termasuklah persembahan muzik tradisional, tarian dan perlawanan tarik tali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: