Sebahagian daripada lebih 200 kakitangan Petronas bersama 'anak angkat' mereka. IKLAN raya Petronas sering dinantikan saban tahun apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kerana signifikannya dalam membawa mesej penuh bermakna.
Dari keinsafan, kesedihan, pengorbanan, kasih sayang sehinggalah ke kegembiraan, semuanya digambarkan secara kreatif dengan gaya klasik dan tersendiri.
Gambaran secara visual sempena hari lebaran yang ketika ini diraikan umat Islam seluruh dunia turut diangkat oleh syarikat minyak dan gas itu sebagai satu tradisi.
Fariz (kiri) dan Shahrina menyertai Program Sentuhan Kasih sejak tahun pertama penganjurannya pada 2005.Dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih, inisiatif sejak tahun 2005 itu bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan semangat memberi dan kesukarelawanan.
Sebanyak 170 gambar kanak-kanak yang kurang bernasib baik beserta dengan hasrat mereka untuk berhari raya dipaparkan di Menara Kembar Petronas, Kuala Lumpur.
Kakitangan Petronas berusaha untuk merealisasikan hasrat itu dengan memperuntukkan sejumlah wang sendiri dan meluangkan masa bersama mereka.
Pasangan adik-beradik, Nordina (kiri) dan Norsyeena (kanan) bersama 'anak angkat' mereka, Ben (dua, kiri) dan Jaudah. Kesinambungan tradisi Petronas tahun ini menjejaki lima rumah amal dan badan kebajikan di Selangor sebagai ‘anak angkat’ kakitangan iaitu Teratak Nur Barakah di Shah Alam, The Compassion Home di Subang Jaya, Rumah KIDS, Rumah Penyayang Hembusan Kasturi serta Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, masing-masing di Klang.
Bagaikan tradisi
Bagi pasangan suami isteri, Fariz Shahfizal Jamean, 33, dan Shahrina A.Raman, 33, mereka menyertai Program Sentuhan Kasih sejak tahun pertama bagaikan satu tradisi.
Sebahagian daripada kanak-kanak dari Teratak Nur Barakah, Shah Alam.Fariz berkata, semuanya bermula daripada perbincangan ke mana untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
“Program ini ternyata menjadi platform memudahkan kami untuk melakukan kerja-kerja amal. Ia adalah sumbangan kami kepada masyarakat.
“Sumbangan kami bukan sekadar untuk menunaikan hadiah yang dihajati mereka semata-mata tetapi memberikan semangat dan kasih-sayang,” katanya.
Shahrina berkongsi kisah mengenai ‘anak angkat’ mereka yang dipertemukan pada 2007 iaitu dua adik-beradik bagaimanapun kegembiraan itu turut disertai lima adik-beradik pasangan itu meskipun masing-masing berlainan ‘ayah dan ibu angkat’.
Kanak-kanak dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Klang bersama basikal yang dihadiahkan oleh 'ayah dan ibu angkat' mereka. “Kami membawa kesemua mereka pulang ke kampung selama dua hari bagi memberi peluang untuk merasai sendiri suasana Hari Raya bersama keluarga besar.
“Benar, hadiah yang dihajati sudah cukup membuatkan mereka gembira tetapi pengalaman berhari raya menjadikannya lebih bermakna,” katanya.
Fariz dan Shahrina memberi sumbangan kepada Muhammad Al Hadi Kader, 7, dan Nurul Anisatul Hishamudin, 12, dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.
Lebih bersedia
Dahulu hanya seorang ‘anak angkat’ yang dikongsi bersama namun masing-masing membuat keputusan untuk mengambil setiap satu seorang pada tahun ini.
Begitulah semangat dalam diri adik-beradik Nordiana Daud, 29, dan Norsyeena Daud, 27, ini yang mula menanam minat apabila pada awalnya hanya bertugas di belakang tabir dalam menganjurkan Program Sentuhan Kasih dua tahun lalu.
Medan (kanan) menyampaikan sumbangan berupa duit raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada Majlis Progam Sentuhan Kasih Petronas.Nordiana berkata, penglibatan mereka dalam program amal itu seakan tidak lengkap tanpa menjadikan mana-mana insan kurang bernasib baik sebagai anak angkat.
“Bermula dengan seorang anak angkat membantu kami menilai sejauh mana kemampuan untuk mengendalikannya sehingga memberi kesan mendalam,” katanya.
Bagi Norsyeena, pengalaman itu mengajar mereka tentang sifat kerohanian dan semakin bersedia untuk mengambil anak angkat secara berasingan.
“Kami lebih bersedia untuk terus memberikan sumbangan. Mungkin antara kami akan mengambil lebih daripada seorang anak angkat pada masa akan datang,” katanya.
Nordiana dan Norsyeena memberi sumbangan kepada Ben Lim Teck Chee, 13, dari Rumah KIDS dan Siti Nor Jaudah, 12, dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.
Selain memberi sumbangan, kakitangan Petronas turut meluangkan masa mengadakan aktivit bersama dengan kanak-kanak. Erti kemanusiaan
Kerja amal yang menerapkan elemen kasih sayang sering kali dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga mempunyai naluri untuk berbuat demikian.
Penyertaan Md Shukor Abd Rahim, 24, dalam Program Sentuhan Kasih bagaimanapun bukannya untuk membuktikan mengenai kebenaran itu, namun sebaliknya berkisarkan tentang keikhlasan dan erti kemanusiaan.
“Ramai meraikan Hari Raya bersama keluarga dan sanak-saudara. Bagaimana dengan kanak-kanak yang tidak beribu bapa?
Khalilah (duduk, tengah) berkongsi kegembiraan menerima hadiah bersama rakan-rakannya.“Dengan pemberian hadiah dan meluangkan masa bersama sudah cukup membuatkan mereka gembira,” katanya.
Shukor memberi sumbangan kepada Muhammad Amirul Adli, 13, dan Abdul Mukmin, 13, dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
Fariz, Shahrina, Nordiana, Norsyeena dan Shukor merupakan sebahagian daripada lebih 200 kakitangan Petronas yang menyertai Program Sentuhan Kasih.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohammad Medan Abdullah turut menjadikan Khalilah Hasnan, 10, daripada Rumah Penyayang Hembusan Kasturi sebagai anak angkat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: