|
|
REKAANNYA menjelaskan elemen formal, klasik dan sofistikated dan pada masa yang sama kelihatan begitu ideal untuk pemakaian kasual.
Kyla Ruiz Jewels oleh Stephanie Tay membawakan sisi intuitif semula jadi perekanya dan prospek tumpuan masa depan yang seharusnya menjadi koleksi terkini para penggemar aksesori.
Kyla bermaksud cantik manakala Ruiz pula adalah nama keluarga diraja terkenal dari Sepanyol yang turut diingati atas kekuasaannya. Ruiz juga merupakan nama tengah artis kegemaran Stephanie iaitu Pablo Ruiz Piccasso.
Apabila diletakkan bersama, ia menyatakan mengenai wanita hari ini yang cantik dan berkuasa. Ia mempunyai konsep yang luas dan lambang mewah tetapi masih dalam lingkungan harga berpatutan yang akan mengujakan para peminat dunia fesyen.
|
|
Dilingkari batu permata, manik dan mutiara dalam setiap rekaan mewahnya, bahan-bahan saduran emas 18 karat gabungan bersama Swarovski dan perak sekali gus memberikan aura keremajaan dan kasual. Ia sekali gus menjadikannya aksesori yang sesuai untuk semua acara.
Rekaan kali ini sebenarnya melihat kepada cita rasa penggemar aksesori yang lebih luas dan lebih muda. Koleksi ini mahu menyampaikan gaya fesyen tinggi yang dibawakan dari Austria dan Amerika Syarikat (AS).
Rekaan berani
Koleksi kali ini dimulakan dengan set aksesori yang dilancarkan pada Ogos lalu. Sebagai satu percubaan berani, ia bermain dengan warna yang menampilkan sisi nakal. Sesiapa pun pasti tertarik pada aksesori berwarna oren, merah jambu, hijau, ungu dan merah dengan sekuin dan manik-manik yang dipasang cermat menggunakan tangan.
Ia sesuai sekali digayakan sempena Aidilfitri berdasarkan elemen warna terang dan berkilau. Itu termasuk rekaan aksesori kristal dan manik berwarna yang digabungkan dengan logam bagi rekaan subang serta rantai leher.
|
|
Elemen klasik pula hadir dalam tatahan Swarovski di atas rekaan emas 18 karat dan perak oksida. Aksesori ringkas tetapi mewah itu menyuntik kesan elegan dan rekaan romantik.
Manik Swarovski yang berkilau itu juga digabungkan dengan batuan permata, manik dan mutiara berwarna-warni.
Semua kombinasi itu merupakan tanda keyakinan individu yang menyerlahkan gaya urban glamor serta-merta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: