Sunday, September 25, 2011

Nadia Nadia peminat sejarah


Nadia mahir menyediakan kuih tradisional seperti bahulu, semperit dan popia gulung.


JARANG sekali kita mendengar anak muda hari ini meminati subjek sejarah. Namun berbeza dengan Nurul Aimi Nadia Ahmad, dia lebih sanggup bersengkang mata membaca bahan bacaan berkaitan subjek itu berbanding novel-novel cinta.

Baginya, selain menambah ilmu, melalui sejarah kita dapat memahami dengan lebih terperinci asal-usul sesuatu perkara. Kita juga katanya boleh melihat kaitan antara kejayaan yang dikecapi hari ini melalui fakta lalu yang sememangnya tidak boleh diubah atau ditokok tambah lagi.

“Saya memang suka membaca buku-buku berkaitan sejarah. Misalnya mengenai pembukaan atau penubuhan sesebuah negeri,” katanya yang mesra disapa sebagai Nadia.

Berusia 25 tahun, wanita kelahiran Taiping, Perak dan dibesarkan di Petaling Jaya kini berkerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat elektronik terkemuka di ibu kota.

Menurutnya, tugasnya di situ memerlukan dia sentiasa peka supaya operasi syarikat berjalan dengan lancar. Pengalaman berkerja dengan beberapa buah syarikat lain turut membantu Nadia dalam memenuhi tuntutan hariannya.

Tambahan lagi mempunyai rakan-rakan yang sering membantu.

Walaupun membesar di ibu kota, wanita ini sebenarnya gemar turun ke dapur dan jangan terperanjat andai diberitahu dia mahir menghasilkan kuih tradisional seperti bahulu.

“Selain masak untuk diri sendiri, Nadia juga menerima tempahan rakan-rakan ketika Aidilfitri lalu. Bukan sahaja bahulu, Nadia juga menghasilkan kuih semperit, popia simpul dan biskut almond London,” katanya yang menyambut Hari Raya bersama teman-teman di Kuala Lumpur sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: