Monday, September 12, 2011

Modul tangani pelatih PLKN buta huruf

ABDUL LATIF sambil diperhatikan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil bertanyakan sesuatu kepada pelatih PLKN sebelum  merasmikan Majlis Pelepasan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 8/2011,  di Kuala Lumpur, semalam.
ABDUL LATIF sambil diperhatikan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil bertanyakan sesuatu kepada pelatih PLKN sebelum merasmikan Majlis Pelepasan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 8/2011, di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memperkenalkan satu modul baru khusus untuk pelatih yang berhadapan masalah buta huruf sepanjang hampir tiga bulan mereka mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula sesi latihan tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata cadangan mewujudkan modul Literasi Membaca dan Menulis atau I-Smart itu timbul selepas JLKN mengesan ada pelatih PLKN dalam kumpulan tiga siri 7/2010 mempunyai masalah untuk menulis, membaca dan mengira (3M).
Selepas kita jalankan kajian, kita dapati ada lebih 1,000 dari 11,000 pelatih pada sesi terbabit berhadapan dengan masalah buta huruf dan kajian kita mendapati ada kalangan pelatih yang terlepas dari mengikuti sistem persekolahan nasional atas sebab tertentu.
Berikutan itu, kita bentangkan masalah itu pada Kabinet dan akhirnya satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menghasilkan modul berkenaan, katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 8/2011 di sini, semalam.

Ada juga pelatih beragama Islam tidak tahu bersolat, mengaji dan membaca doa, justeru kita berani jamin selepas mengikuti modul selama 30 jam kredit sepanjang tempoh 85 hari mereka mengikuti PLKN itu, ada perubahan yang akan berlaku pada mereka, katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjamin pelaksanaan modul itu tidak akan mengganggu perjalanan modul latihan sedia ada dan buat masa ini JLKN sudah melatih 30 jurulatih untuk mengajar pelatih yang berhadapan masalah 3M.

Semalam, seramai 19,418 pelatih berlepas menaiki 307 bas ke kem PLKN seluruh negara dan jumlah keseluruhan pelatih yang akan mengikuti latihan dalam Kumpulan 3 sesi kali ini adalah seramai 57,190 orang termasuk 1,579 dari Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Abdul Latif menyambut baik cadangan Institut Akhbar Malaysia (MPI) untuk melengkapkan petugas media dengan kemahiran bertugas di zon konflik melalui satu kursus khas dengan bantuan Kementerian Pertahanan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: