Monday, September 12, 2011

Lampu bukan sekadar memberi cahaya





Ramai yang tidak tahu reka bentuk lampu boleh menjadi alat perhiasan dekorasi ruang kediaman.

Jika anda bijak memilih reka bentuk lampu sama ada di ruang tamu, bilik tidur, dapur atau sudut-sudut lain di kediaman, ia boleh mengindahkan ruang tersebut.

Pendek kata, ia bukan sekadar memberi cahaya walaupun ada yang menyebut rumah tanpa lampu ibarat malam tanpa siang. Ini membuktikan lampu satu elemen penting bagi sesebuah kediaman.

Pengeluar lampu, Lightcraft misalnya mengeluarkan pelbagai jenis lampu sesuai dengan konsep perhiasan, pengeluar perhiasan rumah.

Syarikat ini mengeluarkan pelbagai bentuk, saiz, fesyen dan corak lampu yang memikat hati. Daripada sentuhan klasik hingga kepada moden dan trendy, kepelbagaian warna-warna kontras, berkonsepkan flora atau geometrik serta penggunaan logam atau kayu rotan, semuanya menjadi permintaan.

Membangkitkan mood

Tahukah anda warna dan efek cahaya bukan sahaja memainkan peranan dalam membangkitkan mood dan suasana, bahkan juga mencantikkan ruang kediaman.

Misalnya warna lampu meja menulis anda mungkin berbeza dengan lampu di ruang tamu dan bilik tidur. Pencahayaan ini sebenarnya mempunyai fungsi berbeza mengikut ruang kediaman.

Di Lightcraft terdapat pelbagai pilihan lampu moden dengan bentuk canggih dan terkini. Ada lampu yang tangkainya boleh diubah seperti menggubah bunga dan ada juga lampu yang diterap elemen futuristik seperti lampu cadmo, lampu lantai yang berbentuk seperti pasu panjang yang langsing.

Terdapat juga lampu-lampu retro zaman 70-an yang dipermoden menjadi lampu yang nampak unik, kontemporari dan canggih.

Selain itu, lampu di luar kediaman tidak kurang menariknya. Misalnya, lampu di bahagian depan pintu rumah berperanan penting untuk pengawasan keselamatan di waktu malam.

Dengan penataan menarik, ia boleh menyerikan kediaman di waktu malam.

Penyeri pejabat

Bagi sebuah syarikat yang mementingkan hiasan dalaman, lampu sangat berperanan penting. Di pejabat penulis sendiri, lampu bukan sekadar memberi waktu malam tetapi ia juga berfungsi di waktu siang.

Rekaan atau cahaya lampu yang menarik membantu pekerja selesa menyelesaikan tugasan harian.

Tanpa lampu, suasana menjadi suram dan gelap.

Bertambah menarik jika pejabat memilih pelbagai bentuk geometri sebagai hiasan lampu sudut.

Pilihan menarik ini menjadi penyeri dekorasi pejabat lebih-lebih lagi mereka yang banyak menghabiskan masa di dalam pejabat.

Bagi mereka yang ingin menghabiskan kerja pejabat di rumah, anda boleh menggunakan lampu meja jika lampu di siling kurang memberikan cahaya kepada kerja anda. Selain itu, anda boleh menambah lampu meja atau lampu sudut.

Ini juga membantu merehatkan mata anda setelah seharian melihat dokumen yang boleh menyebabkan tekanan pada bahagian mata.

Oleh itu, pilihlah model yang sesuai dengan dekorasi pejabat anda sama ada stail moden atau tradisional asalkan ia tidak kelihatan janggal pula.

Lampu raksasa

Dalam pada itu, bertempat di bilik pameran Lighttcraft, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, satu majlis cabutan bertuah utama, iaitu sebuah lampu besar, JJ Outdoor bernilai RM34,461 telah diadakan pada 7 Julai lalu.

Pelanggan yang membelanjakan RM 20 000 dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

Uniknya, lampu raksasa tersebut menarik jika anda meletakkannya di ruang tamu. Berbentuk seakan lampu meja tulis, penataan cahaya lampu ini sudah cukup untuk satu ruang besar seperti ruang tamu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: