Lebih 10,000 jawatan kosong disediakan sempena pameran JobStreet.com Malaysia Career & Training Fair 2011 (MCTF ’11) anjuran bersama AIC Exhibitions di Pusat Pameran Mid Valley, yang bermula 16 hingga 18 September lalu.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dengan disertai lebih 120 syarikat tempatan dan luar negara berserta 60 universiti dan penyedia latihan.
Pengerusi AIC Exhibitions Sdn Bhd, William Ng berkata, MCTF yang dianjurkan ketika sambutan Hari Malaysia ini mendapat sambutan luar biasa terutama pengunjung dari luar Lembah Klang.
“Dijangkakan MCTF kali ini telah dikunjungi lebih 120,000 pelawat yang da-tang seawal jam 7 pagi,” katanya.
Ketua Operasi JobStreet.com Malaysia Suresh Thiru pula berkata, bilangan orang ramai yang masih dan sedang mencari peluang pekerjaan di negara ini sen-tiasa meningkat.
“Walaupun, berlakunya krisis ekonomi di pasaran global, namun permintaan di Malaysia untuk mereka yang berbakat masih tinggi dan dianggarkan 20,000 peluang kekosongan pekerjaan boleh dipohon menerusi laman sesawang syarikat itu sendiri,” katanya.
MCTF’11 adalah satu platform yang bertindak sebagai pemadanan bagi me-ngisi peluang pekerjaan dalam dan luar negara. Pameran itu juga menyediakan pelbagai bidang pekerjaan untuk golo-ngan yang baru tamat belajar dan mereka yang berpengalaman untuk memohon jawatan dalam bidang teknologi maklumat, perbankan dan pembuatan.
Pencari kerja juga boleh menggunakan peluang seperti ini untuk mencuba nasib dengan menghantar resume secara terus kepada syarikat yang mereka inginkan. Pendidikan tambahan juga disediakan kepada pengunjung untuk melanjutkan pendidikan agar mendapat pekerjaan yang lebih baik pada masa depan.
“Objektif kami ialah untuk menyediakan modal insan yang cekap dan mahir. Bagi majikan, mereka ingin memastikan pencari kerja faham bahawa pendidikan berterusan sebahagian daripada asas penting dalam menjadikan kita lebih berkemahiran dan terbaik di dunia selaras pembangunan wawasan 2020,” katanya.
Antara syarikat yang turut serta, RBC Dexia IS, KFC Holdings (M) Bhd, Sony EMCS (Malaysia), Hewlett Packard Malaysia, Western Digital, UMW Toyota, Venetian Macau Limited dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: