Tuesday, September 20, 2011

Eksport syarikat MSC Malaysia meningkat

Eksport syarikat-syarikat MSC Malaysia meningkat 19 peratus kepada RM4.25 bilion dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding RM3.57 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) berkata, lebih separuh daripada eksport itu disumbangkan oleh perkhidmatan global yang mencatatkan RM2.703 bilion.

“Perniagaan itu terdiri daripada pelbagai perkongsian perkhidmatan dan aktiviti penyumberan luar daripada Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), Penyumberan Luar IT (ITO) hinggalah kepada Penyumberan Luar Proses Pengetahuan (KPO),” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, selebihnya dijana daripada jualan barangan dan/atau perkhidmatan oleh syarikat-syarikat MSC Malaysia dalam kluster Infotech (RM1.34 bilion) dan Creative Multimedia (RM142.39 juta).

“Peningkatan eksport yang konsisten itu bukti kami berada di landasan betul dalam mencapai status pengeksport bersih,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: