Saturday, September 24, 2011

London destinasi beli-belah




JIKA pengunjung ke United Kingdom, pastinya anda akan ke kota London yang bukan sahaja kaya dengan sejarah, malah London Eye serta gabungan bandar hotspot lama dan baru menyumbang kepada pengalaman percutian yang tidak akan dilupai.

Di London, terdapat 90 jalan utama yang berbeza dari deretan kedai-kedai runcit hingga ke barisan kedai mewah yang pastinya menjadi pilihan kaki ‘shopping’.

Barangan yang terdapat di sana meliputi barangan mewah di Mayfair dan pusat membeli-belah seperti di Westfield pastinya memukau anda sehingga terleka berjam-jam lamanya memilih barangan yang disukai.

Anda boleh membeli hampir apa jua barangan yang dikehendaki di pasaran London iaitu daripada barangan keluaran baru, seni, vintage hinggalah produk antik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: