
Kini bintang pujaan ramai ini, muncul dengan album terbaru berjudul Raja Pop 2.
Raja Pop 2 menampilkan lagu-lagu daripada seniman tahun 50-an dan 60-an seperti S Effendy, Yopie Latul dan Rahim Maarof.
Selain bertindak sebagai penerbit eksekutif bagi album ini, Jamal juga bekerjasama dengan Razman, penerbit yang terkenal dengan lagu, Kalau Mencari Teman, dendangan Ziana Zain.
Turut dimuatkan adalah lagu kolaborasi sulung Jamal bersama ikon rap, Malique yang bertajuk, Aku Maafkan Kamu, berentak dance. Lagu ini merupakan sebuah lagu segar daripada Jamal Abdillah.
Hasil kolaborasi sulung ini, ia pastinya menjadi sebuah lagu yang menarik selain suatu kelainan dinantikan peminat beliau yang terdiri daripada golongan muda dan remaja.
Selain lagu ini, antara lagu turut diselitkan termasuklah Jangan Kau Rayu, Bahagia Sementara, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Perasaan, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Secupak Dua Cupak, Manis Manja dan Aku Maafkan Kamu duet dengan Malique. Single pertamanya daripada album ini adalah lagu klasik berjudul Secupak Dua Cupak yang digubah semula.
Penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Kekasih Awal dan Akhir, ini sudah pasti mengubat kerinduan peminatnya setelah album terdahulu berjudul Raja Pop, berjaya mencapai jualan 150,000 unit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: