Wednesday, September 7, 2011

Dilema tanah perkuburan Mumbai


KOS tanah yang tinggi dan kepadatan populasi menjadi punca masalah kekurangan kawasan perkuburan.


BATU nisan marmar berwarna putih terbaring kaku di atas tanah di Gereja St. Andrew di Bandra, salah satu rumah ibadat Katolik Roman tertua di Mumbai, ibu negara India.

Nama yang terukir di batu nisan tersebut menjadi saksi kepada warisan Portugis di bandar tersebut, dengan si penjaga kubur yang setia menyapu daun-daun basah dari nisan yang tertera nama-nama Da Silvas, D’Souzas, Pintos, Pereiras, Furtados dan Fonsecas.

Di belakang gereja putih itu, terdapat tempat persemadian yang lebih kecil, disusun secara berlapis-lapis seperti laci di dinding perimeter tinggi bersempadan dengan laut.

Di dalam susunan khusus itu, ditempatkan mayat baharu bagi menggantikan ruang yang sebelumnya terdapat tulang-belulang mereka yang telah mati sejak beberapa tahun lalu.

Kenaikan harga tanah dan ketirisan penyediaan merupakan isu besar terhadap kira-kira 18 juta rakyat yang memenuhi modal kewangan dan hiburan India.

Namun, kenaikan tersebut meninggalkan kesan di bandar itu termasuk perubahan mendadak berkaitan adat resam ritual kematian, sekali gus memaksa kenaikan harga untuk pengebumian atau mengamalkan penyelesaian lain bagi masalah kekangan ruang.

“Ia merupakan satu isu utama di semua gereja. Tiada ruang untuk kita mengebumikan mayat dengan sempurna.

“Kami tidak lagi dibenarkan untuk membuat kubur kekal. Sesiapa yang masih mempunyai ruang kubur warisan keluarga boleh menggunakannya. Namun bagi yang tiada, kami memberi mereka ruang khusus,” kata Michael Goveas, paderi di St. Andrew yang lot kuburnya boleh ditemui hingga ke koridor menuju ke ruang gereja utama.

Kawasan sesak

Kekurangan tanah perkuburan merupakan masalah yang menghantui kebanyakan penganut Kristian dan Islam di negara yang pesat membangun. Di India, masalah tersebut paling kritikal dihadapi di Mumbai.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan hanya 1.3 kaki persegi (0.12 meter persegi) tanah hijau dapat disediakan untuk setiap orang. Keadaan itu jelas menunjukkan kepadatan populasinya.

Satu langkah penyelesaian yang dihantar ke pihak Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Urban yang berpangkalan di Amerika Syarikat, adalah untuk membina menara, dengan ruang untuk tanah perkuburan penganut Kristian dan Islam serta tempat pembakaran mayat penganut Hindu.

Idea tersebut cuba menjelaskan bahawa kaedah tradisional sudah tidak boleh digunakan. Kebanyakan gereja lama dan juga yang baharu tidak lagi mempunyai atau menyediakan kawasan untuk pengebumian.

“Kawasan perkuburan mempunyai sistem iaitu mereka tidak perlu mengebumi jasad melebihi dua tahun. Tulang-belulang itu kemudian akan dipindahkan ke rumah kubur,” kata jurucakap Ketua Bishop Bombay, paderi Anthony Charanghat.

Satu kesan yang besar melibatkan isu ketiadaan tanah perkuburan ialah peningkatan jumlah penganut Katolik yang memilih agar mayat mereka dibakar yang sering menjadi kebiasaan penganut Hindu.

“Anda mesti mendapatkan kebenaran untuk dibakar. Ia sudah menjadi trend sekarang. Tetapi masalahnya jika dibakar, tiada lagi kebangkitan. Jika anda terbakar, ia satu perkara lain,” tegas paderi Micheal.

Permintaan terhadap ruang untuk dikebumikan telah menyebabkan sesetengah gereja memberi nasihat untuk menggunakan kain linen atau keranda yang dibuat daripada papan lapis untuk mempercepatkan proses penguraian, kata Dolphy D’Souza dari Sabha Katolik Bombay.

“Dengan peningkatan populasi dan kekurangan tanah, ia (pengebumian) menjadi terlalu sukar dan kitaran semula berlaku selama hampir 18 bulan selepas mayat dikebumi,” ujarnya lagi.

Para pengendali mayat dan kubur memberitahu, belanja untuk mengurangkan tapak perkuburan persendirian untuk pajakan selama 30 tahun telah meningkat sama seperti perbelanjaan melancarkan roket.

Pengarah Pengebumian, Dion Pinto berkata, bagi tapak asas sebesar 6.5 kaki x 3 kaki (1.99 x 0.9 meter) telah meningkat mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Harganya cuma 5,000 rupee (RM323) pada enam atau tujuh tahun lalu. Sekarang ia meningkat seperti harga rumah,” katanya.

Situasi itu menyebabkan ramai penganut Islam telah membatalkan hasrat itu terutamanya yang mempunyai masalah untuk mendapatkan ruang tanah untuk dikebumikan.

Di Bada Qabrastan, iaitu bandar yang mempunyai kawasan pengkebumian terbesar penganut Islam, kira-kira 5,000 jenazah yang telah disemadikan di bawah pokok kelapa, ros dan pokok yang menjalar. Perkara itu ternyata dipandang serius oleh pihak berkuasa.

“Mana-mana Muslim boleh dikebumikan di sini, dengan syarat mereka mendapatkan pengesahan dari pihak perbandaran,” kata Shakil Ahmed Shabazker yang menguruskan tapak perkuburan seluas lapan ekar (3.2 hektar) di tanah besar selatan Mumbai.

“Kubur yang tidak bertanda untuk mayat yang tidak dituntut akan digali semula selepas setahun. Kami mengalihkan tulang-belulang ke tempat lain dengan cara terhormat dan menggalinya semula di tempat yang sama,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: