Tuesday, September 20, 2011

Dapat tajaan tunai haji


NAJIB (kiri) menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada sebahagian imam dan pengerusi JKKK di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan semalam menyampaikan surat tawaran kepada 111 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.

Surat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK seluruh negara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis di Seri Perdana di sini.

Najib turut menghulurkan sumbangan peribadi RM1,000 seorang kepada 111 bakal haji itu.

Dalam ucapannya, Najib berkata, langkah mengadakan program yang julung-julung kali itu adalah kerana kerajaan sedar betapa besarnya peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang juga merupakan ketua kampung kepada masyarakat.

“Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini memartabatkan kedudukan serta kebajikan imam-imam dan ketua kampung.

“Program ini merupakan satu lagi cara bagi kerajaan menghargai peranan imam dan ketua kampung di mana melalui program ini kita membiayai sepenuhnya kos mengerjakan haji bagi 111 imam dan ketua kampung,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: