Monday, September 19, 2011
Chiki Boom! musim kelapan lebih menarik
Program kanak-kanak Chiki Boom! kini kembali menemui penonton cilik untuk musim kelapan, pada setiap Sabtu, jam 8 pagi di TV2.
Chiki Boom! memaparkan tiga segmen menarik antaranya segmen ‘nak tahu tak?’ yang merangkumi pilihan bahan daripada Abu Children Item Exchange. Manakala menerusi segmen kedua pula adalah ‘kawan kita’, yang memberi peluang kepada rakan-rakan menojolkan bakat.
Segmen terakhir ‘ringan tulang’ berkongsi memaparkan kerjasama lima pengacara Chiki Boom! melakukan tugas-tugas amal di rumah kebajikan serta kawasan tumpuan awam seperti sungai, pantai dan taman permainan.
Chiki Boom! memperkenalkan 13 menu hidangan mudah, ringkas dan berkhasiat seperti kek cawan, piza, brownie dalam buah oren dan ais krim pisang. Juga hadiah menarik menerusi segmen kuiz yang menanti penonton setia.
Jangan lupa menyaksikan Chiki Boom! Musim kelapan yang pastinya menceriakan hari anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: