Monday, September 12, 2011

Cerewetnya Wan dan Azam


FIZZ Fairuz (berdiri kiri) dan Nabila Huda (berdiri kanan) turut terbabit dalam penggambaran filem tersebut selain pelakon cilik, Farrah.


TAWARAN berlakon dalam sesebuah filem merupakan satu peluang keemasan yang agak sukar untuk dilepaskan bagi sesetengah pelakon apatah lagi jika ia merupakan penampilan pertama mereka di layar perak.

Kadangkala kerana tamak lantaran ganjaran lumayan untuk membintangi sesebuah filem, ia sekaligus menggelapkan mata si pelakon untuk menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang terhadap kualiti filem yang bakal dibintangi.

Namun, bagi dua bintang ini, Wan Sharmila Wan Muhamad,30, atau Wan dan Ahmad Azam Pit, 25 atau Azam Pitt, mereka menafikan bayaran tinggi membuatkan mereka menutup mata terhadap mutu sesuatu karya yang mahu difilemkan.

Pertemuan di set penggambaran filem terbitan kolaborasi antara Grand Brilliance (GB) dan Wayang Studios International WSI), Syaitan Nirrojim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi baru-baru ini, Hits mendekati mereka berdua untuk berkongsi rasa hati bintang muda tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: