Tuesday, September 27, 2011

Batle of the band dapat sambutan



Battle of the band anjuran Modern Music Club, Kolej Poly Tech Mara(KPTM), Bangi mendapat sambutan menggalakkan daripada penuntut KPTM dalam dan luar negeri ini.

Menurut Pengarah KPTM Bangi, Abdul Azmi Abdul Aziz, sebanyak 12 kumpulan terlibat dalam program yang julung kali diadakan di kolej itu.

“Bagaimanapun, kita hanya memilih dua yang terbaik untuk pergi ke final, ini bagi memastikan peserta dapat melihat sejauh mana kemampuan mereka,” katanya pada majlis penutupan Battle of the band di Dewan KPTM di sini.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan dan Joe, Wings yang diundang sebagai juri khas bagi mengadili pertandingan tersebut.

Sementara itu, Sohaimi berkata, beliau berharap pertandingan tersebut dapat dianjurkan secara berterusan bagi mendorong minat pelajar dalam bidang seni.

“Mereka dianugerahkan bakat yang cukup istimewa, rugi sekiranya ia tidak digunakan sebaik mungkin.

“Bagi saya, dengan adanya pertandingan seumpama ini ia dapat membantu pelajar yang meminati bidang seni lebih berkembang,” katanya.

Dalam pertandingan itu, tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan yang datangnya dari KPTM Batu Pahat iaitu, Red Dot Artistic yang berjaya yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 selain berpeluang mengadakan sesi ‘jamming’ bersama Joe.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: