Tuesday, September 20, 2011

3 perjuangan rockers

Dalam kalangan penggemar muzik rock tempatan, wajah tiga lelaki ini bukanlah asing kerana masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri.

Mus sebagai rocker paling senior antara mereka bertiga, sudah 25 tahun menimba pengalaman di dalam industri hiburan bersama kumpulannya May.

Dengan usia yang melepasi suku abad, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Cintamu Mekar di Hati dan Sendiri ini sudah boleh dikatakan mencapai taraf legenda seiring dengan kumpulan rock lain seperti Search dan Wings.

Sementara, Bandi cukup dikenali dengan imej bertopeng dan tagline ‘Yeahh...Yeahh....’ ketika muncul dengan kumpulannya Amuk.

Manakala, Asheed bersama kumpulannya Def Gab C tidak kurang hebat bersama rangkaian lagu-lagu popular seperti Ibu Kota Cinta, Marilah Maria dan Cinta Sakti.

Walaupun hadir dari zaman berbeza dan aliran rock yang beridentiti sendiri, ternyata jiwa rocker yang mengalir dalam diri tidak membatasi pergaulan mereka.

Menurut Bandi, hubungan rapatnya dengan Mus dan Asheed bagaikan adik-beradik sementelah masing-masing sering mengadakan persembahan bersama-sama.

“Mus sudah saya anggap sebagai adik kerana kami terlalu rapat bukan sekadar hubungan sesama penyanyi, malah juga sahabat.

“Jika ada masa, kami pasti akan menghabiskan masa bersama walaupun sekadar berbual mengenai muzik,” katanya.

Selain kisah keakraban, vokalis bagi kumpulan masing-masing ini ada cerita yang ingin dikongsi bersama peminat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: