Thursday, April 21, 2011

Zed Zaidi Nikah 29 April ini

Bakal melangsungkan penikahan tanggal 29 April ini bersama pasangannya, Natalia Binti Mustafa Kamal, 28 tahun, pelakon popular, Zed Zaidi mengakui dia mula menyintai bakal isterinya ini selepas memanjatkan doa di Makah setahun yang lalu.

kad jemputan Zed Zaidi yang unik

Walaupun sudah mengenali Natalia semenjak tahun 2008 lagi, Zed bagaimanapun yakin Natalia adalah jodohnya selepas gadis ini menjadi wanita pertama yang menghubunginya selepas pulang daripada umrah.

Mengakui terpaksa berbelanja banyak untuk majlis yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini, Zed juga mengakui dia sebenarnya telah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

"Tak dinafikan selama ini saya ramai kenalan wanita, tetapi apabila saya mula berkenalan dengan Natalia, saya dapat rasakan dia seorang kawan yang setia, namun pada ketika itu saya masih keliru untuk membuat keputusan.

"Saya mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lepas, di setiap sudut kota tanah haram itu, saya berdoa supaya kurnia jodoh pada saya.

"Alhamdulillah, apabila pulang ke Malaysia, Natalia adalah wanita pertama yang menghubungi saya, dan saya terus melamarnya,"jelas Zed yang juga merupakan rakan perniagaan kepada Natalia.

selamat pengantin baru buat Zed dan natalia

Hantaran

Mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah wang hantaran yang diberikan kepada pihak pengantin perempuan, Zed Zaidi bakal menghantar tujuh buah dulang hantaran dan dibalas sembilan dari pihak pengantin perempuan.

"Kalau sebelum ini banyak perkara yang saya tidak tahu tentang barangan perkahwinan, tetapi kini saya sudah mula faham.

"Semua persiapan perkahwinan saya serahkan pada keluarga sahaja, kerana saya sendiri sibuk dengan pengambaran,"luahnya.

Natalia Memahami

Bakal beristerikan seorang wanita yang bukan lahir daripada bidang seni, Zed Zaidi yakin bakal isterinya itu akan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Walaupun dia bukan daripada golongan yang terbabit dalam dunia hiburan, tetapi dia mempunyai pengalaman bekerja di syarikar produksi, jadi sedikit sebanyak dia mengetahui kerja saya sebagai pelakon,"jelasnya yang masih belum merancang lokasi untuk berbulan madu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: