Friday, April 22, 2011

Zahiril & Bront Palare dalam Juvana

Kekerapan kes-kes jenayah melibatkan remaja bawah umur, memberi idea kepada Filmscape Production untuk menerbitkan drama bersiri, Juvana.

Menurut Pengarahnya, Faisal Ishak, drama ini dapat memberi motivasi kepada remaja terlibat kes juvana supaya bangkit dari kesilapan lalu. Selain itu juga bertujuan memberi pengajaran kepada remaja lain. “Skrip drama ini mengambil masa lama untuk dihasilkan kerana kami perlu berjumpa pihak terbabit seperti warden dan Kebajikan Masyarakat untuk membuat kajian terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di sesi pelancaran drama Juvana di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, petang semalam.

Menurut Faisal, sesi pemilihan pelakon mengambil masa lama kerana mencari pelakon yang benar- benar berbakat.

Juvana dibintangi oleh; Zahiril Adzim memegang watak utama sebagai Daim, Bront Palarie sebagai Warden Raja, Beto Khusairy (Cikgu Ariffin), Izreen Azminda (Cikgu Zakiah), dan Irfan Roslan (Cikgu Azmee).

Selain itu, ia turut dimantapkan oleh sepuluh pelakon baru iaitu Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Juvana, bermula 25 April ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: