
Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, pelaburan terbabit akan digunakan untuk membangunkan Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), meningkat dan meluaskan rangkaian serta membina kawasan simpanan berpusat baru di Bukit Raja.
Menurutnya, selain pelaburan sebanyak RM1 bilion itu, pembekal dan wakil jualan Toyota turut menyumbangkan pelaburan bagi meningkatkan operasi mereka.
“UMW Toyota melabur sebanyak RM900 juta sepanjang lima tahun lalu, RM460 juta daripada jumlah itu digunakan ASSB bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan pengeluaran.
“Matlamat kami adalah untuk membangunkan ASSB menjadi salah sebuah kemudahan pengilangan terpenting Toyota di rantau ini,” katanya semasa majlis pengeluaran kenderaan kesejuta oleh ASSB di Shah Alam.
Majlis dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan turut dihadiri Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ismet Suki.
Sementara itu, Ismet berkata, ekoran gangguan bekalan komponen dari Jepun, UMW Toyota Motor akan melaksanakan pemotongan kerja lebih masa dan pengeluaran satu syif sehingga 3 Jun ini.
Hibi menambah, pelaksanaan itu hanya bersifat sementara dan akan kembali seperti biasa apabila dapatan bekalan kembali normal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: