Saturday, April 9, 2011

Tampil vintaj, ceria

ANGGUN...gaun hitam labuh dengan perincian kain perca di bawahnya menarik digayakan untuk majlis malam.
ANGGUN...gaun hitam labuh dengan perincian kain perca di bawahnya menarik digayakan untuk majlis malam.

SELAMA ini lebihan kain langsir, kain perca serta seluar jean lama dibuang saja atas faktor lusuh, koyak dan tidak lagi boleh digunakan.

Namun, ramai pula yang mengubah fungsinya sebagai alas kaki dan pengelap meja.


Selain menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli tuala dapur, langkah itu turut membantu menghijaukan bumi dengan cara mengitar semula barangan lama.

  • Foto

    TRIBAL...blaus toga ini hanya menggunakan sepasang seluar jean terpakai yang cantik digandingkan dengan seluar cropped (kiri). BERBEZA...seluar jean terpakai yang diubah menjadi gaun pendek denim dan dipadankan bersama jaket labuh (kanan).

  • Foto

    BERANI...rekaan gaun ringkas menggunakan kain perca sepenuhnya (kiri). MENARIK...gaun koktel hitam ditambah helaian kain perca untuk stail berbeza (kanan).

Konsep itu juga yang diguna pakai oleh sekumpulan pereka muda yang membawa label Glam Street yang mana mereka berpegang kepada tiga frasa utama - Recycling, Reusing and Restyling - dalam mencipta busana menarik daripada kain serta baju terpakai.


Menurut Pegawai Korporat Gem Works, Shin Loh, mereka percaya kepada konsep kitar semula yang masih sesuai dipakai dan digayakan sebaiknya.


"Konsep yang lebih dikenali sebagai Glam Up itu cuba menggalakkan pengguna melakukan rombakan gaya menggunakan barangan terpakai seperti baju, kasut dan beg.

"Selain tampak menarik, ia juga seakan stail vintaj, ceria dan unik tatkala digayakan," kata Shin sambil menambah, Gem Works menjana Glam Street berkenaan.


Ketika pertunjukan fesyen Glam Up sempena minggu bazar fesyen FashArt di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery (ESG), baru-baru ini, barisan pereka Glam Street banyak menggunakan seluar jean terpakai selain kain perca untuk koleksi busana mereka.Bayangkan apabila sepasang seluar jean terpakai itu bukan sekadar diubah stail menjadi blaus toga tetapi turut direka sebagai korset denim dan jaket labuh.


Kain perca dan lebihan kain langsir pula menarik digayakan sebagai gaun pendek dan labuh serta gaun maksi yang menampilkan tiga jenis fabrik dalam satu rekaan.


Tambah Pengurus Kanan Marcom ESG, Phang Sze Sze, semua rekaan berani ini akan dilelong pada bulan depan dan hasilnya disalurkan kepada badan kebajikan tempatan dan antarabangsa.


"Sememangnya Glam Up terarah kepada kreativiti individu dalam usaha menjaga kehijauan bumi dengan mengitar semula pakaian terbuang dan mengubahnya menjadi sesuatu yang lain daripada biasa.


"Jadi menerusi lelongan itu kelak, ia bukan setakat mempamerkan stail berbeza yang diketengahkan oleh pereka muda ini tetapi turut menyokong aktiviti kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: