Saturday, April 9, 2011

Perodua kekal teratas

AMINAR RASHID...jualan terbaik
AMINAR RASHID...jualan terbaik

PERODUA mengekalkan penerajuannya dalam pasaran kereta pada suku pertama tahun ini dengan jualan 45,700 unit dan anggaran menguasai bahagian pasaran kira-kira 29.1 peratus.

Bagaimanapun, berbanding tempoh sama tahun lalu, jualan turun 4.4 peratus daripada 47,800 unit dan bahagian pasaran 32.4 peratus.


Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua memperakui persaingan semakin sengit dengan penawaran produk baru dan promosi oleh pengeluar lain.

Beliau berkata, meskipun keadaan pasaran mencabar, syarikat itu mencatatkan jualan terbaik tahun ini iaitu pada Mac 2011 saja, hampir 18,000 unit dijual dipacu permintaan kukuh bagi Myvi, ViVA dan Alza,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, semalam.

Perodua menjual 21,500 unit Myvi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini atau 19 peratus lebih tinggi berbanding 18,000 unit dalam tempoh sama 2010.

Sementara itu, kira-kira 15,900 unit ViVA dijual, manakala Alza menjadi kereta paling laris dalam segmen kenderaan pelbagai guna dengan 8,400 unit dijual dalam tempoh tiga bulan pertama 2011.

Dari segi pendapatan, jualan bahagian dan aksesori naik 31 peratus pada suku sama.

“Suku kedua dan ketiga dijangka mencabar kerana operasi kami menerima kesan daripada bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun. Kami yakin situasi itu sementara dan pulih semula dengan kukuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: