Friday, April 22, 2011

Sumbangan untuk Kemboja


Budiman Mohd. Zohdi (kiri) menerima sumbangan ubat cacing untuk program kemanusiaan di Kemboja daripada Vincent Teo di Bangi, Selangor baru-baru ini.


MAJLIS Belia Selangor (MBS) Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan program kemanusiaan di Kemboja minggu depan bagi membantu penduduk Islam yang kurang bernasib baik di negara itu.

Program itu akan dilaksanakan di Kampung Preak Khdan, wilayah Kanal, Kemboja dengan tumpuan memberi kesedaran kesihatan kepada mereka.

Pengerusi MBS Sabak Bernam, Budiman Mohd. Zohdi berkata, melalui program itu pihaknya merancang untuk memberikan ubat cacing dan multi vitamin kepada 250 kanak-kanak di Kampung Preak Khdam.

“Program ke Kemboja ini akan bermula dari 23 hingga 25 April ini. Pengisian lain ialah memberikan sumbangan pakaian, kewangan dan kenduri bersama penduduk kampung,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Program itu mendapat sokongan Majlis Belia Asia dan Persatuan Persahabatan Belia Malaysia-Kemboja.

“Seramai 15 orang ahli kami terlibat dalam program ini,” katanya.

Ketika berada di Kemboja, pihaknya juga akan mencari ruang untuk menjalin kerjasama dengan organisasi belia di negara terbabit terutama dalam membantu mereka.

Selain itu katanya, program berkenaan juga dapat mengeratkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Selain itu CCM Pharmaceuticals Sdn. Bhd. turut menaja 250 kotak ubat cacing bagi menjayakan program tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Jenama dan Pemasaran CCM Pharmaceuticals, Vincent Teo kepada Budiman pada satu majlis yang diadakan di Bangi.

Menurut Vincent, ubat cacing jenama Champ itu sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ia berkesan untuk menghapuskan enam jenis cacing dalam tubuh manusia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: